Wednesday, 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 

   

Latar Belakang & Pengenalan Diri



   

    Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua pembaca blog. Disini saya ingin menceritakan sedikit tentang latar belakang saya. Saya Nur Ewana Fatini Binti Zulkefli. Saya dilahirkan pada 21 Julai 1998 di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan. Nama ayah saya ialah Zulkefli Bin Ya manakala nama ibu saya ialah Wan Rosilawati Binti Jusoh. Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari negeri Kelantan. Selain itu, saya merupakan anak pertama dari 7 adik beradik iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan termasuk diri saya sendiri. Kami sekeluarga tinggal di Gua Musang Kelantan dimana negeri yang mempunyai banyak pantai yang indah dan cantik seperti saya ( Bagi pendapat saya la:) .

 

Disamping itu juga, saya turut mempunyai hobi iaitu hobi suka membaca ( tapi yang pasti bukan majalah ye). Walaupun hobi saya dianggap membosankan oleh sesetengah masyarakat tetapi hobi suka membaca saya sangat membantu saya untuk memperolehi ilmu pengetahuan terutama dalam pelajaran saya.

 

Dan untuk pengetahuan pembaca blog, saya merupakan salah seorang pelajar Tahun 2 Bacelor Sastera dalam kos Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang bernombor matrik 203305 di Universiti Putra Malaysia,Serdang,Selangor.  Walaupun kos yang diambil dianggap 'biasa-biasa' tetapi bagi saya ia sangat mencabar. Nampaknya,cukup sampai disini sahaja latar belakang saya kongsikan untuk pembaca blog. Sekian terima kasih.



 #KitaJagaKita

#StaySafe

#Covid_19

1 comment:

  1. Haii Ewana !! Nice to meet you. Semoga kita berjaya habiskan pelajaran dengan cemerlang :)

    ReplyDelete

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...