Thursday 29 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6- SIMPULAN BAHASA

 

Simpulan Bahasa


         Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.


         Terdapat 22 simpulan bahasa yang berbeza dalam video ini. Makna setiap simpulan bahasa tersebut perlu diinterprestasikan daripada gambar yang telah dipaparkan


Selamat menonton warga Blogger semua 




https://youtu.be/KiKO7OgphUk 


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

Thursday 22 April 2021

BBM 3410-2021-MINGGU 5- INSTAGRAM


      Assalamualaikum Haii welcome back to my channel ting ting!!


      Pada hari Jumaat yang penuh barakah, telah aku selitkan beberapa keping gambar "screenshot" tentang "ketenangan" dimana semua orang ketahui bahawa "Ketenangan" itu tidak wujud dimana-mana kecuali ia datang dari hati yang ikhlas akan kesemua takdir yang Allah S.W.T berikan....AmeenπŸ˜ŠπŸ˜‰


 


Foto "KETENANGAN"































#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

BBM 3410-2021-MINGGU 5- TWITTER


      Assalamualaikum, pokok kelapa pokok ara kepada pembaca semoga gembira. Seperti yang saudara / saudari semua  ketahui, disini saya telah melampirkan beberapa keping gambar "screenshot"  tentang "Nilai Estetika". Jika saudara / saudari semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang "Nilai Estetika" ini saudara / Saudari boleh baca kenyataan dibawah. 


Selamat membaca warga Blogger :) 😎😎



Nilai Estetika



































#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19


BBM 3410-2021-MINGGU 5- NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

 

Peta Minda Teori Analisis

 Wacana Kritis ( fAIRCLOUGH,1995 )


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus.



Mindmap "BERJALAR"



Bukti Kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

BBM 3410-2021-MINGGU 5- NOTA FLATLAY

 

Peta Minda

 Asas Fotografi : Flatlay


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang



Mindmap  "POKOK"



Bukti kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

BBM 3410-2021-MINGGU 5- NOTA TEORI ANALISIS WACANA ( VANDIJK, 1977)

 

Peta Minda Teori Analisis

 Wacana Kritis ( Vandijk, 1977 )


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus



Mindmap  "AWAN"



Buku Kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

BBM 3410-2021-MINGGU 5- ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

 

Asas Fotografi : Flatlay


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang

Nota : Maksud flatlay ialah cara pengambilan sesuatu gambar oleh seseorang. Biasa gambar flatlay ini diambil ketika seseorang itu ingin mengambil gambar makanan atau hidangan dan objek-objek kecil. Flatlay terdiri daripada 4 jenis gambar iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

Flatlay : Gambar flatlay ialah gambar yang diambil dari sudut 90 darjah dimana gambar tersebut diambil dari atas sesuatu objek yang ingin difokuskan.

Half flatlay : Gambar half flatlay pula ialah gambar yang diambil dari sudut 45 darjah dimana gambar tersebut diambil dari atas seperti gambar flatlay.

Quarter flatlay : Gambar quarter flatlay pula ialah gambar yang diambil dari sudut 22.5 darjah iaitu suku daripada gambar half flatlay. 

Zero flatlay : Gambar zero flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di lantai atau meja .



https://youtu.be/zVX-2Ti6pDA 




Bukti "Subcsribe"


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

BBM 3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 

Dilema Pengembara 



https://youtu.be/bQCPNh8Es1o


        Berdasarkan tontonan live program Dilema Pengembara di laman sosial Facebook, terdapat beberapa penceritaan yang dikongsi oleh Dr. Siti Nur Alia tentang pengembaraan beliau ke luar negara. Dr. Siti Nur Alia juga turut menceritakan risiko-risiko yang dilalui oleh beliau semasa ingin mengembara ke sesuatu tempat tersebut. Antara risiko - risiko yang dilalui oleh beliau ialah keadaan cuaca yang tiba-tiba berubah sehingga menyebabkan beliau terpaksa membatalkan perjalanan beliau ke sesuatu tempat dan itu membuatkan beliau sedikit bersedih kerana jadual yang dirancang oleh beliau terpaksa di "hold" dahulu. Namun begitu, beliau tetap "enjoy" dengan pengembaraan beliau ke luar negara kerana dengan pengembaraan beliau ke luar negara dapat membuat beliau mengenal adat dan budaya sesebuah masyarakat di tempat tersebut. Beliau turut berharap agar satu hari nanti beliau dapat meneruskan pengembaraan beliau ke luar negara kembali. 


Bukti Kehadiran 


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

Friday 16 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ANALISIS CERITA SOSIAL

 


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ).

 

GOLONGAN KATA DALAM CERITA SOSIAL

Cerita Sosial

Kata kerja

Kata Adjektif

Kata Nama

Kata Ganti Nama

Kata Sendi Nama

Kata Arah

Kata Tanya

Nenek dan Datuk

21

13

17

2

10

-

2

Saya yang Istimewa

17

6

10

8

2

2

3

Keluarga Saya

15

4

14

4

4

-

-

Hati

18

5

5

5

7

-

1

Jiran

24

9

7

4

6

-

2








                          


                           Jadual 1 : Golongan kata dalam Cerita Sosial


Kandungan dalam Cerita Sosial

Judul

Teks

Tema

Sampel/Bahan

Jenis

Nenek dan Datuk

Cerita pendek

Kekeluargaan

Nenek, datuk, ibu, bapa,Imran,Madinah,Aisyah, Alim

Penceritaan

Saya yang Istimewa

Cerita pendek

Kekeluargaan

Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

Penceritaan

Keluarga

Cerita pendek

Kekeluargaan

Ibu, bapa, Madinah, Alim, Imran, Aisyah

Penceritaan

Hati

Cerita pendek

Kemasyarakatan

Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan

Penceritaan

Jiran

Cerita pendek

Kejiranan

Ibu, Alim, Aisyah, Imran, Madinah, Sulaiman

Penceritaan

Jadual 3: Kandungan dalam Cerita Sosial


   Bukti kehadiran kelas

 

Konteks dalam Cerita Sosial

Judul

Tatabahasa

Latar

Emosi

Nenek dan Datuk

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

Kampung nenek dan datuk

Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati

Saya yang Istimewa

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

Rumah ibu dan bapa

Gembira, puas hati, sedih

Keluarga

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

Rumah ibu dan bapa

Gembira, resah

Hati

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

Sekolah, rumah, jiran

Gembira

Jiran

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa

Rumah ibu bapa dan jiran

Gembira, simpati, ambil berat, sedih


                       Jadual 4: Konteks dalam Cerita Sosial


Bukti kehadiran kelas

 

Andaian dalam Cerita Sosial

Judul

Pendapat

Perujukan

Pesoalan

Nenek dan Datuk

·       Alim menangis kerana dia berpendapat itik dan ayam sudah tiada.

·       Alim juga sangka bahawa rumah dan datuk sudah tiada

 

·       Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang menangis di tepi reban.

·       Alim merujuk kepada ketiadaan itik dan ayam punca dia menangis

·       Nenek memujuk Alim dengan menunjuknya reban baharu.

·       Nenek dan datuk bertanya kepada Alim mengapa dia menangis di sebelah reban.

·       Alim mempersoalkan ketiadaan itik dan ayam di dalam reban.

·       Ibu bapa Alim hairan dan sedih melihat Alim sering menangis tanpa sebab.

Saya yang Istimewa

·       “Bapa tahu, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan.”

Bapa membeli banyak buah-buahan di pasar tani kerana tahu kesukaan anak-anaknya.

·       “Ada buah rambutan, ada buah durian, ada buah manggis, ada buah langsat, ada buah duku dan banyak lagi.”

 

Buah-buahan yang disenaraikan merujuk kepada buah-buahan tempatan.

·       “Di mana beli buah-buahan ini, bapa?”

 

Persoalan ini ditanyakan oleh Imran yang merujuk kepada buah-buahan yang dilihat olehnya.

Keluarga

·       Alim akan memastikan dia sentiasa akan mengingati ahli keluarganya seperti mengingati naam keluarganya.

·       Alim belajar membuang sampah dan menyapu dengan tunjuk ajar daripada abang dan kakaknya.

·       Alim seorang kanak-kanak istimewa yang mampu untuk melakukan kerja seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun kadang-kadang dia gagal melakukannya.

Hati

·       “Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin.”

 

Alim merupakan anak yang pandai dan mendengar kata. Ibu tahu bahawa di sekolah, Alim pasti akan belajar dengan bersungguh - sungguh.

·       “Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim. Alim tidak faham apa itu hari lahir.”

 

Alim tidak faham dan tertanya-tanya apa itu hari lahir. Dia hanya menurut kata ibu dan membawa kek cawan ke sekolah untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

·       “Cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan dihadapan orang tua.”

 

Pernyataan di atas merujuk kepada nilai murni serta sikap yang baik dan perlu dituruti sebagai tanda hormat kepada orang tua.

Jiran

·       Berkemungkinan juga, adik-beradik Alim tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu sakit. Mereka tidak pasti dengan keadaan sebegeni.

·       Alim:

-        Seorang yang pemurah.

-        Jiran yang baik hati.

-        Abang kepada Aisyah.

-        Kanak-kanak istimewa.

Alim suka berkongsi dengan jiran. Di sini jelas menunjukkan Alim berkongsi buku kegemarannya dengan Sulaiman. Nilai baik hati,ikhlas dan jujur jelas tergambar dalam diri Alim.

 

·       Sulaiman:

-        Seorang anak lelaki berumur 9 tahun.

-        Jiran sebelah rumah Alim.

-        Seorang yang pemurah.

·       “Sulaiman bertanyakan soalan seperti “Kamu beri saya buku ini, Alim?” kerana Sulaiman tidak pasti bahawa buku itu diberi oleh Alim ataupun dipinjam.”

 

Persoalan begini Cuma memerlukan pengesahan daripada pihak sulaiman.

 

 

·       Aisyah keliru dan memnimbulkan persoalan seperti, “Kenapa dengan abang ibu”? kepada Ibu.

 

Persoalan daripada Aisyah juga memerlukan jawapan supaya mereka faham dengan keadaan Alim.

                         
                         Jadual 5: Andaian dalam Cerita Sosial


Bukti kehadiran kelas



#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...