Thursday 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMEN ASAS GRAFIK

Elemen

Huraian

Mudah

Mudah bermaksud penglihatan dan pemahaman seseorang terhadap sesuatu gambaran  . Sebagai contoh, apabila seseorang itu mengambil gambar aiskrim dengan seorang budak lelaki maka dapat digambarkan bahawa budak lelaki itu sedang makan aiskrim.

Warna

Definisi warna dalam grafik ialah kandungan warna yang terdapat dalam sesuatu gambar. Penggunaan warna dalam grafik mestilah tidak melebihi 3 warna kerana ia akan memberikan kesan yang tidak bagus kepada gambar atau iklan.

Teks

Teks adalah sejenis font yang digunakan dalam sesuatu iklan untuk memberikan maksud sesutu gambar tersebut. Penggunaan teks termasuk stail dalam iklan atau gambar sangat penting kerana ia akan mempengaruhi maksud yang sebenar kepada gambar atau iklan yang akan dipaparkan nanti.

Kesesuaian

Maksud kesesuaian dalam grafik ialah  penggunaan latar di dalam sesebuah gambar atau video. Penggunaan latar  dalam gambar mesti merangkumi latar tempat,masa atau watak kerana ia memainkan peranan yang penting kepada gambar yang diambil dan kesannya terhadap gambar.

Keseimbangan

Keseimbangan bermaksud ruang dalam sesuatu foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah sisi kanan dan kiri gambar terebut.Sebagai contohnya, seorang jurufoto akan menyeimbangkan sisi kanan dan kiri gambar bagi memastikan gambar tersebut seimbang dan tidak kelihatan cacat.


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019) , Multimedia dalam Bahasa,

 Penerbit UPM, Serdang



Bukti Kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...