Thursday, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Pendekatan Analisis Wacana 


Pendekatan Analisis Wacana

Huraian

1) Pra- Andaian

1.     Intuisi

2.     Konteks

-        Pra- andaian sesuatu adalah perkara yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu sebelum permulaan garis hujah diguna pakai.

-        Pra –andaian ini terbahagi kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks.

-        Intuisi adalah gerak hati seseorang untuk memahami sesuatu perkara tanpa pemikiran rasional dan intelektual.

-        Aspek konteks pula analisis dari aspek penerimaan, keperluan , pengulangan dan lain-lain. Kedua- dua aspek ini membawa pengertian yang berbeza makna.


2) Emosi

1.     Positid dan negatif

2.     Emosi Bercampur

-        Emosi adalah sebuah perasaan yang dimiliki oleh semua manusia.

-        Wujudnya perasaan emosi disebabkan oleh rangsangan daripada orang sekeliling.

-        Perasaan emosi ini terbahagi kepada dua iaitu emosi positif( gembira) dan emosi negatif( sedih).

-        Apabila seseorang itu beremosi maka ia akan menunjukkan emosi mereka dari segi perangai, tingkah laku dan mood mereka ketika itu.

 

3) Nilai dan Budaya

1.     Diri

2.     Masyarakat

3.     Adat

-        Nilai dan budaya merangkumi aspek diri, masyarakat dan adat.

-        Falsafah pendidikan  negara berkait rapat dengan nilai dan budaya.

-        Nilai merangkumi banyak aspek seperti jujur, ikhlas, baik hati dan sebagainya.


4) Bahasa

1.     Bahasa Pertama/kedua/ketiga

2.     Formal dan tidak formal

3.     Kesalahan bahasa

 

-        bahasa yang dianalisiskan banyak difokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.

-        Bahasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.

-        Kesalahan bahasa juga boleh menjadikan bahasa nampak lebih kritis.

-        Huraian lebih jelas dan padat dengan adnya aspek linguistik.


5) Inferense

1.     Rumusan keseluruhan

2.     Rumusan topik perbincangan

3.     Penutup

-        inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan ,rumusan topik pembincangan dan penutup kata.

-        Setiap aspek mestilah harus dibincangkan seperti aspek ujaran, interaksi, teks dan tulisan supaya lebih lengkap dan lebih jelas.



Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus


Bukti Kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...