Cerita Sosial 2
Pada hari ahad bapa Alim pergi ke
pasar tani untuk membeli buah-buahan. Bapa membeli buah rambutan, buah durian,
buah manggis, buah langsat dan buah duku diatas pasar tani untuk dibawa balik kepada
Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.
Sesampai sahaja di rumah abang Imran
bertanya kepada bapa apa yang dibawanya itu. Bapa menyuruh abang Imran memanggil
Alim, kak Madinah, Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan yang dibeli bersama-sama.
Alim, Aisyah dan kak Madinah berasa gembira dan berlari untuk mendapatkan buah
yang digemari oleh mereka.
Sebelum mereka berempat memakan buah
tersebut ibu sempat memesan kepada mereka berempat supaya membuang kulit buah-buahan
ke dalam tong sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.
Alim sempat bertanya kepada ibu
untuk membahagikan sedikit buah-buahan ini kepada sulaiman iaitu jiran sebelah
rumah mereka dan merupakan kawan baik kepada Alim kerana ibu dan bapa Alim
pernah berpesan kepada mereka berempat supaya berkongsi barang atau makanan
kerana itu satu perbuatan yang baik.
Ibu memuji sikap Alim yang sentiasa
mengingati pesannya lalu ibu menghulurkan plastik buah yang telah diasingkan
kepada Alim. Alim berlari kearah Sulaiman yang sedang menyiram pohon bunga disebelah
rumahnya, tanpa melengahkan masa Alim menghulurkan plastik yang diberi ibunya
kepada sulaiman yang tersenyum tanda menerima buah tangan tersebut.
Selepas makan buah-buahan tersebut Alim
menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa membersihkan rumah. Alim
menolong ibu membuang sampah kedalam tong sampah besar yang berada di hadapan
rumah mereka, semasa Alim membuang sampah, alim terserempak dengan Mak Cik
Timah iaitu ibu kepada kawannya Sulaiman yang sedang menyampu sampah di
rumahnya.
Mak Cik Timah mengucapkan Terima kasih
kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman tadi. Alim menyatakan
bahawa berkongsi ialah perbuatan yang baik, Malah Mak Cik Timah dan Pakcik Yakub
juga baik kepada keluarganya dan mengatakan bahawa kita semua perlu berbuat
baik kepada jiran.
Mak Cik Timah menyatakan bahawa alim
ialah seorang budak yang baik dengan riak wajah dan perasaan yang sedih yang membuatkan Alim bertanya kepada Mak Cik
Timah mengapakah dia sedih lalu Mak Ciik Timah menyatakan bahawa dia tidak
sedih dan malah dia gembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya Sulaiman yang
sedang membasuh basikal kecilnya itu.
Alim meyatakan bahawa dia suka
kepada Sulaiman kerana Sulaiman ialah kawan baiknya sambil melambaikan
tangannya kepada Mak Cik Timah lalu menyusul kedalam rumahnya. Mak Cik Timah
hanya mempu memandang ke arah Alim dan berdoa supaya melimpahkan kesihatan dan
kesejahteraan keatas mereka sekeluarga.
Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Penerbit UMT Kuala Nerus
No comments:
Post a Comment