Wednesday 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2


 Cerita Sosial 2


       Pada hari ahad bapa Alim pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan. Bapa membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat dan buah duku diatas pasar tani untuk dibawa balik kepada Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

          Sesampai sahaja di rumah abang Imran bertanya kepada bapa apa yang dibawanya itu. Bapa menyuruh abang Imran memanggil Alim, kak Madinah, Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan yang dibeli bersama-sama. Alim, Aisyah dan kak Madinah berasa gembira dan berlari untuk mendapatkan buah yang digemari oleh mereka.

        Sebelum mereka berempat memakan buah tersebut ibu sempat memesan kepada mereka berempat supaya membuang kulit buah-buahan ke dalam tong sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah.

         Alim sempat bertanya kepada ibu untuk membahagikan sedikit buah-buahan ini kepada sulaiman iaitu jiran sebelah rumah mereka dan merupakan kawan baik kepada Alim kerana ibu dan bapa Alim pernah berpesan kepada mereka berempat supaya berkongsi barang atau makanan kerana itu satu perbuatan yang baik.

          Ibu memuji sikap Alim yang sentiasa mengingati pesannya lalu ibu menghulurkan plastik buah yang telah diasingkan kepada Alim. Alim berlari kearah Sulaiman yang sedang menyiram pohon bunga disebelah rumahnya, tanpa melengahkan masa Alim menghulurkan plastik yang diberi ibunya kepada sulaiman yang tersenyum tanda menerima buah tangan tersebut.

             Selepas makan buah-buahan tersebut Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa membersihkan rumah. Alim menolong ibu membuang sampah kedalam tong sampah besar yang berada di hadapan rumah mereka, semasa Alim membuang sampah, alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada kawannya Sulaiman yang sedang menyampu sampah di rumahnya.

              Mak Cik Timah mengucapkan Terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman tadi. Alim menyatakan bahawa berkongsi ialah perbuatan yang baik, Malah Mak Cik Timah dan Pakcik Yakub juga baik kepada keluarganya  dan  mengatakan bahawa kita semua perlu berbuat baik kepada jiran.

               Mak Cik Timah menyatakan bahawa alim ialah seorang budak yang baik dengan riak wajah dan perasaan yang sedih  yang membuatkan Alim bertanya kepada Mak Cik Timah mengapakah dia sedih lalu Mak Ciik Timah menyatakan bahawa dia tidak sedih dan  malah dia gembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya itu.

             Alim meyatakan bahawa dia suka kepada Sulaiman kerana Sulaiman ialah kawan baiknya sambil melambaikan tangannya kepada Mak Cik Timah lalu menyusul kedalam rumahnya. Mak Cik Timah hanya mempu memandang ke arah Alim dan berdoa supaya melimpahkan kesihatan dan kesejahteraan keatas mereka sekeluarga.




Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Penerbit UMT Kuala Nerus


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...