GRAFIK ELEMEN MUDAH
Ketua - Mardhiatun Najiha binti Zulkifli 201290
Pembantu - Nurul Khairullah bin Amirullah 201807
(INTERNET)
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Perkahwinan |
RUJUKAN |
Instagram |
HURAIAN |
Gambar
jelas menunjukkan pasangan pengantin di hari perkahwinan. Busana yang
dikenakan bewarna putih jenis satin. Pasangan pengantin sedang tersenyum
sambil memandang satu sama lain. Tangan pengantin perempuan dihiasi inai
merah yang merupakan adat perkahwinan. Latar gambar yang turut bewarna putih
tidak menenggelamkan pasangan pengantin di dalam gambar. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Makanan
|
RUJUKAN |
https://www.behance.net/gallery/14775477/Oreo-Nothing-Else-Matter-Print-Advertisement |
HURAIAN |
Pengiklanan
produk makanan (biskut) ini amat mudah untuk kita fahami. Sekumpulan semut
lebih memilih biskut itu walaupun terdapat gula-gula yang paling hampir dengan
ia. Visual ini jelas menggambarkan biskut itu lebih sedap daripada gula-gula.
Iklan yang ingin disampaikan mampu menarik pelanggan untuk membelinya. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Pengiklanan |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Mengiklankan
sebuah produk minuman. Menggunakan hanya satu tin sahaja bersama dengan logo
minuman tersebut. Menggunakan latar warna hitam agak tidak terlalu menonjol
dari produk minuman ini. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Keperluan Sukan |
RUJUKAN |
https://www.sunriseclick.com/model/6988/yonex/shoes/power-cushion-eclipsion-z-mens |
HURAIAN |
Gambar di atas merupakan sepasang
kasut yang bersesuaian dengan teman keperluan sukan. Elemen mudah diambil
kerana dengan hanya sekali pandang pasti sudah mengetahui bahawa ianya kasut
yang merupakan keperluan sukan. Elemen seimbang dan warna juga terdapat dalam
gambar ini. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Iklan
produk |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Gambar
diatas merupakan satu elemen mudah. Hal ini kerana gambar tersebut mudah didefinisikan
dan difahami oleh penglihatan seseorang. Gambar diatas merupakan gambar
produk “Yakult” dalam sebuah iklan. Seseorang yang melihat foto itu akan
terus memahami gambar itu merupakan satu produk yang dijual oleh sebuah
syarikat. Mesej yang ingin disampaikan juga mudah difahami iaitu produk
tersebut baik untuk usus manusia berdasarkan tulisan.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kenderaan |
RUJUKAN |
https://freepikpsd.com/basikal-tua-png-transparent-images/525936/ |
HURAIAN |
Foto
di atas menunjukkan gambar sebuah basikal tua dengan mempunyai latar belakang
yang bertemakan hitam dan putih. Elemen asas grafik yang ingin disampaikan
berdasarkan foto ini ialah mudah. Seseorang yang melihat foto tersebut pasti
akan faham bahawa foto itu menggambarkan sebuah basikal tua. Jadi, gambar ini
dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Bunga |
RUJUKAN |
http://neba2020.blogspot.com/2016/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html |
HURAIAN |
Foto ini jelas
memaparkan bunga iaitu bunga raya kerana bunga tersebut seperti watak penting
dalam foto. Apabila melihat foto ini, kita sudah dapat mengetahui foto ini lebih
memfokuskan kepada bunga raya itu. Warna yang jelas juga turut memudahkan
orang ramai untuk fokus dan mengetahui apa mesej yang ingin disampaikan. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kenderaan |
RUJUKAN |
https://www.pinterest.com/pin/765823111605026468/?d=t&mt=login |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar diatas, lambang H merupakan salah satu lambang
kenderaan mewah yang digunakan oleh seseorang. Penggunaan lambang H ini dapat
membuatkan seseorang dapat meneka dengan jelas bahawa lambang tersebut ialah
lambang kenderaan mewah dan lambang ini dapat membezakan dengan jenis
kenderaan lain.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Masa |
RUJUKAN |
http://my.wallclock-parts.com/news/alarm-clock-17767184.html |
HURAIAN |
Berdasarkan
gambar di atas, tema yang ingin disampaikan adalah gambar yang berbentuk jam
loceng berwarna merah dan warna nombor yang digunakan juga sesuai iaitu
berwarna putih. Melihat bentuk jam ini, kita dapat mengetahui ianya mudah
untuk dikenalpasti dan sangat ringkas kerana tidak terlalu banyak subjek pada
gambar tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Vision |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Gambar ini menunjukkan sepasang kaca
mata. Kata mata berjenama terkenal dari Itali iaitu Ray Ban. Kaca mata ini
ditonjolkan dengan warna biru kelabu. Kaca mata ini sesuai dipakai oleh
lelaki dan wanita.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kekeluargaan |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Berdasarkan gambar
diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema kekeluargaan. Dengan
berlandaskan tema juru gambar telah memuatkan sebuah keluarga di dalam
potretnya. Oleh itu, mesej yang cuba disampaikan oleh juru gambar lebih mudah
difahami khalayak. |
GRAFIK ELEMEN MUDAH
(IMEJ
SENDIRI)
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Haiwan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Kucing
di dalam gambar bersaiz kecil. Gambar jelas menunjukkan lima ekor anak kucing
sedang tidur. Kucing di dalam gambar itu bukan kucing dewasa. Jumlah anak
kucing itu dapat dipastikan kerana latar gambar yang bewarna pudar iaitu
kontra dengan warna bulu anak-anak kucing tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kanak-kanak |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambaran
ini mudah untuk kita fahami di mana memaparkan seorang kanak-kanak berada di
atas jalan tar berseorangan. Kanak-kanak itu memakai baju tiada lengan
berseluar pendek gabungan warna hitam dan putih. Ruang atas gambar ini
dipenuhi dengan beberapa batang pokok dan terdapat sedikit gambaran langit
biru. Maka, gambar ini jelas menggambarkan keberadaan kanak-kanak tersebut. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Makanan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar tersebut
menggambarkan masakan sambal udang dengan petai. Dapat dilihat bahawa udang
tersebut masak dengan sambal merah. Dalam sambal udang ini juga dimasukkan
sekali dengan petai yang berwarna hijau. Apabila melihat gambar ini kita
dapat melihat bahawa sambal udang di masak bersama petai. Warnanya pula dapat
dilihat dengan jelas iaitu berwarna merah dan hijau. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Memancing |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Terdapat beberapa elemen yang
terdapat dalam gambar tersebut. Elemen
yang dimaksudkan antaranya ialah kesesuaian dan mudah. Gambar tersebut
mempunyai kesesuaian dengan tema kerana keadaan sekeliling tetapi lebih
diberi penekanan kepada mudah. Ikan yang diletak di hadapan gambar akan
menjadi tumpuan utama dan mudah diketahui.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Suasana senja |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan
gambar di atas tema yang ingin disampaikan ialah suasana waktu senja. Dengan
berlandaskan tema grafik diambil pada waktu matahari terbenam. Perkara ini
membolehkan individu yang melihat grafik ini mengetahui bahawa waktu tersebut
adalah senja. Maka mesej dapat disampaikan dengan sempurna. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kanak-kanak dan sukan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Foto ini memenuhi elemen mudah, di mana
foto ini jelas menggambarkan seorang kanak-kanak sedang bermain bola.
Seseorang yang melihat foto ini akan memahami maksud dan tema yang ingin
disampaikan. Foto ini juga, dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang
kekeliruan. Malah, mesej atau maksud dari gambar ini juga dapat difahami dengan
mudah. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Minuman |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar
ini memberatkan kepada elemen mudah. Hal ini kerana ia terus memperlihatkan
apa yang dikehendaki tanpa perlu berfikir secara mendalam dan masa yang lama.
Dalam gambar itu jelas memperlihatkan itu ialah minuman dan turut memaparkan
jenama minuman tersebut. Oleh itu, kekeliruan tidak akan terjadi apabila
melihat gambar itu.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Minuman |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan
gambar yang diambil, jenama “Bleu” merupakan jenama air mineral semulajadi
yang diminum oleh semua orang. Sebagai contoh, apabila seseorang individu
melihat jenama tersebut, mereka dapat mengetahui dan berfikir bahawa air
minuman itu berjenama “Blue”. Audiens juga akan terus mengetahui bahawa ia
sejenis air minuman tanpa perlu berfikir panjang. Oleh itu, gambar ini mudah
difahami. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Haiwan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar
ini menunjukkan seekor kucing yang berwarna putih sedang duduk santai di atas
meja. Dalam gambar ini kelihatan
kucing ini mempunyai tuan kerana di leher kucing tersebut mempunyai kalung.
Gambar ini kelihatan mudah kerana dengan cepat kita dapat mengenal pasti
subjek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Oleh itu, grafik ini dikatakan
melengkapi elemen mudah.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Masa |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Foto ini diambil secara dekat untuk
memfokuskan jam tangan yang dipakai oleh seseorang. Seseorang melihat foto
ini akan segera tahu bahawa foto ini ialah seutas jam tangan. Warna yang digunakan juga tidak terlalu
banyak. Perkara ini membolehkan seseorang tidak hilang fokus ketika melihat
gambar tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Pandemik |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba
disampaikan ialah tema pandemik. Dengan berlandaskan tema, juru gambar telah
mementingkan latar yang sesuai agar mesej dapat disampaikan. Contohnya,
pemakaian pelitup muka dapat mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian mesej.
Oleh itu, gambar ini mudah difahami oleh audiens. |
No comments:
Post a Comment