Sunday, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS-DAHLIA

 


GRAFIK ELEMEN TEKS


Ketua - Najwa Radiah binti Abdul Razak 203941

Pembantu - Fatin Nur Syazierra binti Sahril 203303


(INTERNET)




Elemen

Teks

Tema

Buku

Rujukan

Book Glow (http://www.bookglow.net/5-must-read-books-rowing/ )

Huraian

Poster kepentingan buku disertai dengan teks “ The Boy in The Boat” memberi gambaran kepada pembaca bahawa kisah buku tersebut berkisarkan sekumpulan lelaki yang belayar menggunakan bot.  Tulisan juga ditulis dengan jelas. Selain itu, font yang digunakan juga menarik dan menonjol. Oleh itu, pemilihan teks yang sesuai dapat menyampaikan mesej dengan mudah kepada audiens.







Elemen

Teks

Tema

Pendidikan

Rujukan

Internet (https://www.northamptoncollege.ac.uk/prospectus.html#)

Huraian

Pemilihan jenis font yang mudah untuk dibaca dan saiz font kelihatan besar. Warna putih pada teks tersebut turut menyerlahkan lagi ayat itu dengan berlatarkan warna ungu terang. Kombinasi warna yang terang iaitu ungu, hijau dan biru amat bersesuaian dengan latar putih. Terdapat juga logo kolej diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan.







Elemen

Teks

Tema

Promosi

Rujukan

Internet (https://shopee.com.my/ )

Huraian

Poster menunjukkan promosi potongan harga sebanyak 50 peratus. Potongan harga tersebut di warnakan dengan warna yang kontra dengan latar poster yang didominasikan dengan berwarna oren. Platform jualan adalah di Shopee. Nombor “3.3” yang dinyatakan bermaksud tarikh acara dijalankan iaitu pada 3hb Mac.







Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/  )

Huraian

Tema gambar tersebut pengiklanan. Pengiklanan tersebut fokus kepada promosi minyak wangi jenama Versace. Selain itu, penggunaan font dan saiz bersesuaian dengan grafik tersebut iaitu berwarna putih. Font dan saiz tersebut mudah difahami dan dibaca oleh khalayak.






Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://images.app.goo.gl/nFxVXFLjsqLX3yCw5)

Huraian

Menggunakan font yang unik dapat menarik perhatian pembaca untuk fokus kepada font tersebut. Selain itu, kombinasi warna merah untuk latar dan kuning sebagai font menjadi daya penarik kepada poster tersebut. Untuk menambah kefahaman, gambar ayam goreng McD dijadikan latar kepada teks tersebut.







Elemen

Teks

Tema

Pelancaran Produk

Rujukan

Internet (https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/coming-soon-under-construction-yellow-background )

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, fonts yang digunakan di dalam gambar tersebut sangatlah jelas dan mudah difahami pembaca. Seterusnya  saiz  fonts yang digunakan  juga tidak terlalu besar dan tidak berangkai seperti iklan lain yang meletakkan fonts berangkai untuk menarik minat pembaca sehingga menyebabkan teks sukar difahami dan sukar dibaca oleh pembaca. 







Elemen

Teks

Tema

Pemandangan Laut

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/pin/25543922876017360/)

Huraian

Gambar di atas menunjukkan teks yang telah ditulis dengan menggunakan tiga jenis font yang berbeza. Selain itu, teks ini ditulis dengan kemas sambil menghadap ke arah laut. Teks yang ditulis juga mudah untuk dibaca dan ramai yang memahami maksud teks tersebut.







Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://www.canterbury.ac.uk/news/news.aspx?id=5b6b4e1c-0170-4368-b520-db3fdb8067fe )

Huraian

Kita dapat melihat daripada poster tentang tayangan filem yang akan disiarkan di siaran BBC di atas, tajuk filem tersebut ditulis dengan jenis font yang menarik, saiz font yang besar dan warna font yang terang untuk mencuri tumpuan pelanggan/penonton. Seterusnya membuatkan mereka faham bahawa nama tajuk filem tersebut adalah “DRACULA”.







Elemen

Teks

Tema

Papan Tanda

Rujukan

Internet (http://cintabahasa0507.blogspot.com/2012/04/situasi-25-papan-tanda-isyarat-penunjuk.html )

Huraian

Foto menunjukkan sebuah papan tanda yang mempunyai teks yang ingin disampaikan. Jenis tulisan yang digunakan dapat membolehkan seseorang memahami mesej yang ingin disampaikan. Warna putih yang digunakan juga dapat menarik perhatian seseorang untuk membaca dan memahami teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Papan Tanda

Rujukan

Internet (https://badmintonfamly.com/news/yonex-brand-history/ )

Huraian

Gambar ini merupakan jenama alatan sukan terkemuka di dunia. Logo ini jelas mengandungi teks yang menunjukkan jenama tersebut iaitu Yonex. Wujud element lain seperti warna dan keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut. Teks tetap menjadi pilihan kerana dengan sekali pandang pasti akan terbaca teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Animasi

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/pin/296815431672206358/ )

Huraian

Poster di atas memberatkan kepada teks yang akan menarik perhatian orang ramai hal ini poster tersebut lebih menonjolkan judul poster itu dengan fon yang besar dan menarik. Selain itu, warna teks itu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menonjolkan lagi poster itu. Warna sekeliling yang agak gelap turut membantu teks ini lebih menonjol dalam poster.





GRAFIK ELEMEN TEKS

(IMEJ SENDIRI)





Elemen

Teks

Tema

Poster

Rujukan

Sendiri

Huraian

Reka bentuk bungkusan yang berisi biskut cip coklat. Nombor telefon dinyatakan di bahagian bawah untuk tempahan pelanggan. Teks tersebut memberi maksud barang yang dijual boleh ditempah selain belian secara langsung. Perkataan “cookies” dinyatakan secara jelas menunjukkan barang yang dijual adalah biskut.







Elemen

Teks

Tema

Pemandangan Alam

Rujukan

Sendiri

Huraian

Grafik diatas mengfokuskan kepada suasana pada waktu pagi atau subuh yang tenang tanpa bunyi kenderaan dan udara yang segar. Penggunaan font yang menarik dan sesuai juga telah menyelaskan lagi mesej yang ingin disampaikan dalam grafik diatas. Pemilihan saiz dalam grafik memudahkan khalayak memahami mesej yang ingin disampaikan.  Font yang dipilih juga harus sesuai dengan mesej dan grafik yang ingin ditonjolkan.







Elemen

Teks

Tema

Poster

Rujukan

Sendiri

Huraian

Poster tersebut fokus kepada situasi pandemik. Selain itu, penggunaan font bersesuaian dengan poster menyerlahkan lagi teks. Pemilihan warna font dan saiz tersebut memudahkan khalayak memahami mesej.







Elemen

Teks

Tema

Logo

Rujukan

Sendiri

Huraian

Teks yang terdapat dalam foto di atas bersesuaian dengan tema. Teks tersebut menjadi tarikan utama kepada yang melihat gambar tersebut. Ini menunjukkan wujudnya element warna bagi gambar tersebut tetapi yang lebih menonjol adalah teks.







Elemen

Teks

Tema

Masa

Rujukan

Sendiri

Huraian

Teks “masa itu emas” di dalam foto di atas ditulis dengan saiz font yang besar dan pilihan jenis font yang tidak terlalu mewah membuatkan ianya senang dibaca. Manakala, pilihan warna pada font teks “emas” yang berwarna kuning keemasan yang selalunya melambangkan kerabat diraja dan kita tahu bahawa ianya amat berharga. Ini untuk menekankan kepentingan masa tersebut. Jadi, sesiapa yang melihat foto ini akan mudah menanggapi makna disebalik teks, betapa pentingnya masa yang ada.







Elemen

Teks

Tema

Sukan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar di atas menunjukkan satu nama sukan dan permainan iaitu Petanque. Teks tersebut telah disusun dengan teratur dan diletakkan alatan sukan tersebut di tengah-tengah tulisan tersebut. Teks ini mudah untuk dibaca dan penggunaan saiz tulisan tersebut amat sesuai dan tidak tenggelam dengan warna latar belakang teks tersebut.







Elemen

Teks

Tema

Label Produk

Rujukan

Sendiri

Huraian

Foto ini menepati elemen teks dalam asas grafik. Jenis tulisan atau jenis teks yang digunakan sangat bersesuaian dan mampu menarik minat seseorang untuk melihat dan memahami teks tersebut. Kandungan dalam teks juga sesuai dan dapat memberi pemahaman terhadap grafik.







Elemen

Teks

Tema

Pendidikan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Penggunaan teks yang menunjukkan murid sekolah akan memulakan sesi persekolahan baru. Jenis font yang digunakan kelihatan menonjolkan tidak tengelam dengan warna-warna lain yang digunakan.







Elemen

Teks

Tema

Diari

Rujukan

Sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang diambil, fonts yang digunakan pada buku nota tersebut sangat sesuai  dan sangat mudah difahami. Hal ini kerana warna dan latar yang digunakan pada buku nota itu  menjadikan teks tersebut mudah dibaca oleh pembaca. Saiz fonts yang digunakan juga tidak terlalu besar sehingga menyebabkan pembaca tidak dapat difahami.







Elemen

Teks

Tema

Pusat Pelancongan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar ini lebih menonjolkan kepada elemen teks kerana teks tersebut menggunakan fon yang bersaiz besar yang menjadikan orang ramai tahu tempat tersebut. selain itu, warna dan corak yang terdapat pada fon tersebut juga memainkan peranan yang amat besar di mana ia menggunakan pelbagai warna dan corak yang melambangkan tempat itu yang mampu memberi sedikit pengetahuan mengenai tempat itu. saiz dan kecantikan yang pada teks itu telha menarik orang ramai untuk mengunjung ke sana.






Elemen

Teks

Tema

Poster Penghargaan

Rujukan

Sendiri

Huraian

“The Unsung Hero” merupakan sebuah tajuk filem pendek dan teks ini berwarna putih, yakni amat kontra dengan warna hitam selain saiznya yang agak besar. Maka, teks ini mudah untuk dilihat. Terdapat juga beberapa teks yang menerangkan beberapa nama kru produksi, juga diwarnakan putih. Teks yang dipaparkan merupakan simbolik kepada subjek dalam poster ini iaitu seorang tukang cuci kolej.




#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...