GRAFIK ELEMEN WARNA
Ketua - Muhammad Huzaimi bin Jamaludin 199819
Pembantu - Juliastuti Koaeputeri binti Dae 199847
(INTERNET)
Elemen: Warna
Tema :Alam sekitar
Huraian: Grafik diatas mempunyai gabungan warna yang yang menarik dan
tidak lebih dari tiga warna. Gambar diatas merupakan gambar sebuah jambatan
yang yang disertai dengan warna awan yang mempunyai kombinasi biru, hitam dan
oren. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah. Grafik ini
juga memfokuskan kepada jambatan dan seorang lelaki di hujung jambatan.
Elemen: Warna
Tema: Pokok
Rujukan: https://www.countryliving.com/gardening/g3168/cherry-blossoms-facts/
Huraian: Gambar menunjukkan gambar pohon sakura. Bunga pohon itu
berwarna merah jambu. Langit biru muda dengan awan putih menunjukkan cuaca yang
cerah. Bayang pada bawah pokok menunjukkan waktu siang. Rumput bewarna hijau di
bahagian bawah itu sangat sesuai dengan warna pohon sakura yang sedang kembang.
Elemen: Warna
Tema: Retro
Rujukan: https://www.pinterest.com/
Huraian: Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah
tema retro. Pemilihan warna utama ialah merah dan jingga. Oleh itu, warna utama
tersebut telah memberikan aura retro di dalam potret tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/BXdVVWv69usgeS1W9
Huraian: Menggunakan tiga warna sahaja iaitu biru, putih dan hitam.
Pemilihan warna diterhadkan bagi menfokuskan pen tersebut. Di samping itu,
terdapat juga penggunaan teks yang menunjukkan jenama kepada pen tersebut.
Elemen: Warna
Tema : Alam Semula Jadi
Sumber : https://wisato.id/wisata-alam/10-air-terjun-eksotis-di-sulawesi/
Huraian : Sekeping foto menunjukkan suasana di Kawasan air terjun. Pohon
– pohon yang bewarna hijau sangat jelas kelihatan disertai dengan warna air
terjun yang membiru. Terdapat juga batu – bata yang bewarna kelabu. Foto ini
jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada
air terjun, pohon dan juga batu.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Sumber: https://www.updateordie.com/2018/08/16/caribou-coffee-25th-anniversary/
Huraian: Iklan ini memaparkan warna yang menarik. Terdapat tiga warna
yang digunakan iaitu merah, coklat dan biru. Tulisan teks pula berwarna putih
di mana amat sesuai dipadankan dengan tiga warna yang lain. Warna-warna
tersebut amat menonjol dan mampu menarik minat pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Lukisan
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/68727725721/
Huraian: Gambar di atas dapat
difahami dengan mudah dan jelas bahawa pelangi mempunyai pelbagai warna dan
ianya lebih mendominasi di dalam gambar tersebut. Walaupun pelangi tersebut
dikelilingi oleh warna kelabu dan hitam.
Elemen: Warna
Tema: Minimal
Huraian: Iklan billboard di atas kelihatan ringkas, tetapi masih mampu
menarik perhatian dan fokusnya cuma tiga warna sahaja, iaitu putih, kuning dan
hitam. Warna kuning menjadi tarikan utama yang menyerlah bagi menunjukkan
perkara yang difokuskan.
Elemen: Warna
Tema: Jenama
Rujukan: https://www.designyourway.net/blog/graphic-design/lamborghini-logo/
Huraian: Ini merupakan logo bagi kenderaan terkemuka dunia iaitu
Lamborghini yang hanya digunakan oleh jutawan. Logo ini mengandungi warna yang
unik iaitu kuning keemasan dan hitam. Warna ini menjadi tarikan utama bagi
gambar tersebut walaupun wujud element teks tetapi kurang menonjol.
Elemen: warna
Tema: Bunga
Rujukan: https://myprinceirfanrayyankhairi.blogspot.com/2018/01/taman-bunga-mawar-yang-indah.html
Huraian: Foto ini lebih memberatkan kepada elemen warna kerana bunga
tersebut berwarna merah dan daunnya berwarna hijau. Selain itu, warna langit
yang kebiruan dan awan putih turut menarikkan foto tersebut. oleh itu,
kombinasi antara warna-warna itu telah menyerlahkan dan memfokuskan kepada
bunga itu kerana mempunyai warna yang menonjol.
Elemen : Warna
Tema : Pemandangan
Rujukan : https://pixabay.com/photos/tree-sunset-clouds-sky-silhouette-736885/
Huraian : Berdasarkan gambar diatas, penggunaan warna di dalam gambar
ini sangat menarik dan tidak mempunyai kontra sesama warna. Malah pemandangan
tersebut ditambah lagi dengan gabungan warna jingga dan sedikit keungguan yang
menyebabkan pemandangan tersebut lebih menyerlah dan memukau mata yang
memandangnya.
GRAFIK ELEMEN WARNA
(IMEJ
SENDIRI)
Elemen: Warna
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian: Kombinasi warna antara merah dan hijau dapat menyerlahkan lagi
seri bunga tersebut. Selain itu, warna-warna grafik tersebut tidak melebihi
tiga warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, kombinasi warna tersebut tidak
mengelirukan fokus grafik yang hendak ditonjolkan.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: sendiri
Huraian: Gambar menunjukkan satu hidangan nasi arab. Warna paling
menyerlah adalah warna hijau iaitu dulang yang digunakan untuk menghidang
sajian nasi arab ini. Kombinasi warna yang digunakan walaupun melebihi tiga
warna tetap sahaja menunjukkan sajian tersebut adalah nasi arab.
Elemen: Warna
Tema : Bunga
Rujukan : Sendiri
Huraian : Foto ini jelas menunjukkan gambar bunga yang bewarna kuning
disertai daun yang bewarn hijau. Kombinasi kedua – dua warna ini sangat menarik
dan mampu menarik perhatian seseorang yang memandang. Foto ini jelas menarik
kerana terdapat dua warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada bunga dan juga
daun.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam foto ini, pemilihan warna kelabu lembut pada batu-batu di
latar belakang memberikan kesan efek yang nyata pada subjek yang ingin
disampaikan. Gabungan warna kuning dan merah yang amat terang itu amat sesuai.
Kita dapat juga melihat unsur warna coklat yang jelas. Maka, penyampaian subjek
iaitu ketiga-tiga botol coklat itu dapat menarik minat sesiapa sahaja yang
melihat.
Elemen : Warna
Tema: Bunga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar bunga mawar bewarna merah hati. Warna bunga ini lebih
menarik perhatian walaupun hijau daun lebih mendominasi sebagai latar bunga.
Gambar ini jelas menunjukkan bunga mawar yang ditanam di dalam pasu. Bunga
mawar merah merupakan subjek bagi gambar ini.
Elemen: Warna
Tema: Keluarga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga mengambil gambar di
papan yang bertulis “Sekinchan”. Tulisan tersebut mempunyai pelbagai warna
untuk tujuan menarik minat pelancong atau pengunjung yang datang ke pantai
tersebut. Penggunaan warna yang berwarna-warni ini tidak sama sekali
mempengaruhi kewujudan keluarga tersebut di dalam gambar.
Elemen: Warna
Tema: Binatang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Terdapat seekor ikan di dalam balang dalam foto di atas. Warna
yang ditekankan di dalam foto ini adalah 3 warna utama, iaitu coklat kekuningan
(warna air, penutup balang dan tapak balang), putih (warna latar) dan merah
(warna ikan).
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas lebih menonjolkan elemen warna di mana bunga itu
mempunyai kelopak yang berwarna putih dan debungan yang berwarna kuning serta
dikelilingi daun yang hijau. Warna yang cerah yang ada bunga iaitu warna putih
dan kuning serta daun yang hiaju menjadikan bunga itu lebih menyerlah dan
menjad tumpuan dalam gambar itu. Oleh itu, gambar itu akan mudah menjadi fokus
dan jelas apabila dipandang.
Elemen : Warna
Tema : Percutian
Rujukan : Sendiri
Huraian : Berdasarkan gambar percutian diatas, kombinasi warna yang
terdapat di dalam gambar tersebut ialah warna biru, putih dan hijau. Kombinasi
3 warna ini sudah cukup untuk menyeimbangkan warna di dalam sesebuah gambar.
Ini kerana di dalam sesebuah gambar hanya memerlukan 3 warna sahaja bagi
membuatkan gambar itu kelihatan cantik dan juga dapat menyampaikan beberapa
mesej atau perkara melalui gambar tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Permandangan Alam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Kombinasi warna tasik, pohon dan langit dapat menaikan seri
grafik diatas. Penggunaan warna yang tidak terlalu banyak membuatkan grafik
tersebut tenang dilihat. Individu yang melihat grafik diatas tidak keliru
danhilang focus kerana terlalu banyak warna yang hendak ditonjolkan. Oleh itu,
grafik ini mempunyai warna yang sesuai.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Tema di makanan ini amat bersesuaian dengan element warna.
Jelas dapat dilihat hanya terdapat beberapa warna yang boleh dilihat jelas
walaupun ianya mempunyai percampuran element teks. Penekanan diberikan kepada
warna kerana warna yang menarik dan bersesuaian.
No comments:
Post a Comment