BAHAN ASAS GRAFIK
Rujukan : Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia dalam Bahasa.Selangor: Penerbit UPM.
1) BUNTING / BANNER
1. Posisi kasut:
Kedudukan kasut kelihatan seimbang dan saiz
kasut dalam pengiklanan ini tidak telalu besar sehingga menutupi elemen lain
dalam banner tersebut.
2. Latar belakang elemen batu-bata:
Pemilihan latar belakang ini adalah untuk
mengurang kan penggunaan warna kelabu yang terlalu banyak dan memasukkan
sedikit warna yang sedikit gelap untuk menonjolkan warna latar teks yang
menggunakan bahasa Inggeris kelihatan menjadi lebih estetik.
3. Penggunaan bahasa Inggeris:
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengiklanan
ini adalah kerana target jualan ini bukan hanya tertumpu kepada orang tempatan sahaja.
4. Laman sesawang:
Kedudukan aplikasi-aplikasi tersebut yang
berada di sudut kanan bawah sesuai
kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan
ini dilakukan. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
5. Latar belakang warna kelabu
Latar belakang
ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan
kedudukan kasut tersebut.
6. Jenis bahan bunting
https://youtu.be/hlf3X582-LI
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk segi empat
dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada jenis
polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan sebagai
bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan tidak
mudah koyak.
2) PAMPLET
Posisi Kasut
Kasut yang akan dihasilkan akan
diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama.
Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya
akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat
jenama Eleven11.
Slogan
Slogan bagi jenama ini diletakkan juga
dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai
pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut
iaitu merah hitam.
Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet
adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik
minat pembeli . Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai
dengan latar yang disediakan.
Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang
bagi syarikat ini berada di sudut kanan
bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan
dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat.
Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar.
3) POSTER
POSTER
Selain itu, motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu, jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih menonjol daripada latar belakang.
Nama syarikat juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo syarikat diletakkan di bahagian tengah atas supaya audiens jelas dan tahu dari mana syarikat itu dikeluarkan dengan baik.
Susunan yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat semak dengan pelbagai benda yang tidak berguna. Hal ini menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut riingkas dan berkesan.
4) GAMBAR / FOTO
1. Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada
bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut
tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam
gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
2. Warna latar belakang & warna kasut
Warna latar belakang yang digunakan
dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap dipilih supaya bersesuaian dengan gambar
kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang
membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna
kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat
pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar
iaitu kelabu gelap.
3. Elemen teks
Elemen teks digunakan untuk
menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon
yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut.
Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang
bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan
baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk
menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam
gambar.
4. Logo
Penggunaan logo sangat penting supaya seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan. Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada pelangga
5) BILLBOARD
1. Kedudukan jenama kasut diletakkan di tengah-tengah bagi menonjolkan jenama kasut tersebut. Di samping itu, kedudukan jenama tersebut dapat memudahkan pelanggan mengetahui jenama kasut tersebut. Jenama kasut dipaparkan bagi menarik minat pelanggan untuk cuba mencari info tentang kasut tersebut atau melihat penilaian tentang syarikat kasut tersebut berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pelanggan mereka
2. Teks dimasukkan bagi menarik perhatian pelanggan. Saiz teks dibesarkan bagi memudahkan penglihatan pelanggan untuk membacanya. Jenis font pula yang mudah dibaca walaupun sekilas pandang sahaja. Warna font pula menggunakan warna font yang sedikit terang tetapi masih dalam kategori warna pastel. Ia sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Teks yang digunakan tidak terlalu berat untuk difahami dan juga bukan sahaja memfokuskan masyarakat tempatan malah ia juga fokuskan kepada penduduk warga asing. Malah teks digunakan tersebut sebagai ayat pemujuk kepada pelanggan untuk membelinya.
3. Menggunakan warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan.
4. Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
5. Slogan syarikat kasut diletakkan dibawa untuk memberitahu kepada
pelanggan bahawa slogan itu merupakan slogan kepada syarikat kasut. Slogan ini
akan membuatkan pelanggan tertarik untuk membelinya. Kedudukan slogan di bawah
bagi memudahkan pelanggan membacanya kelihatan akan tersusun sahaja.
6) VIDEO
Bahagian 1 (Saat 0-11) : Rakaman model berjalan memakai
kasut
- · Tujuan : memfokuskan fungsi kasut tersebut dan
bagaimana ia kelihatan apabila dipakai
- · Untuk
memberi gambaran kepada audiens/pengguna
Bahagian 2 (Saat 12-20) : Rakaman jarak dekat (zoom in) pada kasut yang dipakai model
- · Tujuan : memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut
tersebut
- · Supaya audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan jelas
Bahagian 3 (Saat 21-23) : Rakaman kasut yang dipakai oleh model dari jarak jauh bersama jenama kasut
- · Tujuan : untuk memaklumkan kepada audiens tentang
jenama kasut tersebut
- · Jarak
dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini adalah sedikit jauh kerana
kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam konteks
- · Oleh
kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama kasut, logo “ELEVE11” diletakkan
dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.
- · Pemilihan
posisi jenama juga penting dan ia diletakkan di sebelah kanan agar menampakkan
keseimbangan dalam grafik tersebut
- · Rakaman
kasut di posisi tertentu juga dibekukan beberapa saat agar audiens dapat
melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang ingin disampaikan adalah kasut
dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg, jenama kereta tetapi jenama
kasut
Bahagian 4 (Saat 23-25) : Slogan jenama/syarikat kasut
- · Tujuan : untuk menarik perhatian audiens
- · “Every
shoe has a story” merupakan slogan pilihan syarikat/jenama “ELEVE11”
- · Pemilihan
warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih
dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang
- · Pilihan
warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar
belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol
dan jelas
- · Pilihan
warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan
kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut
tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai
- · Logo
ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk lagi sekali memaklumkan kepada
audiens tentang jenama kasut tersebut.
- · Logo
tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada bahagian atas kiri agar mendapatkan
keseimbangan di dalam grafik tersebut yang mana dibahagian bawah kanan
terletaknya teks “STORY”
Pemilihan latar
Latar belakang : pilihan latar belakang yang dicadangkan semasa membuat
rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya bersesuaian dengan fungsi
kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti kasual
Muzik latar : muzik yang dicadangkan ialah muzik yang rancak, suspens dan menarik –
agar audiens tidak mudah bosan menonton iklan tersebut dan ingin terus menonton
untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Durasi video : durasi video adalah selama 25 saat sahaja – durasi video yang di bawah
30 saat boleh dikatakan durasi yang ideal – ianya cuma video ringkas dan tidak
akan menggunakan banyak waktu audiens untuk menonton iklan ini tetapi masih
mengandungi informasi-informasi tentang kasut
Info harga : harga kasut tidak dimasukkan di dalam video. Hal ini kerana, fokus
utama video ini adalah untuk memaklumkan tentang kasut yang baru sahaja
dikeluarkan oleh syarikat kepada audiens – bagaimana rupa bentuk kasut
No comments:
Post a Comment