Friday 9 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 

RANCANGAN "CELIK" BAHASA ISYARAT BERSAMA

 PROFESOR NORMALIZA ABD RAHIM



https://youtu.be/-h5hlplln24


        Menerusi  rancangan sembang tamu “celik” Bahasa Isyarat yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka , Prof Dr. Normaliza Abd Rahim yang merupakan seorang pensyarah  di Universiti Putra Malaysia telah menceritakan pengalaman 2 bulan beliau mempelajari bahasa isyarat. Sebelum itu, beliau menekankan bahawa beliau bukan pakar dalam bidang bahasa isyarat namun kerana satu tweet dari gadis yang berumur 23 tahun di twitter menyebabkan beliau ingin mempelajari bahasa isyarat tersebut.  Perasaan ingin tahu dan minat beliau dalam bahasa isyarat  menyebabkan beliau melakukan eksperimen sosial di sebuah pusat membeli-belah bersama-sama dengan anaknya. Eksperimen sosial itu dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang bahasa isyarat. Dengan pendedahan bahasa isyarat yang dilakukan oleh beliau membuatkan orang ramai  mengetahui bahawa bahasa isyarat bukan sahaja boleh dipelajari oleh orang kurang upaya tetapi orang yang boleh bercakap juga boleh mempelajari bahasa isyarat ini.



Bukti kehadiran


#KitaJagaKita
#StaySafe
#Covid_19


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

          Berikut merupakan senarai tugasan yang telah berjaya disiapkan sepanjang mengikuti kursus BBM3410 2021 : 1.   BIODATA DIRI 2.   CE...